Sunday, January 20, 2013

Pengurangan Pinjaman Pelajaran

kali ni nak share pasal pengurangan/conversion untuk pinjaman pelajaran MARA. setelah di request oleh encik-yg-tiada-keistimewaan. hehe. alkisahnya, bila dah habis study, mesti kena bayar balik pinjaman kan. adat meminjam, mesti kena pulangkan. tapi kerana MARA sentiasa menyayangi rakyatnya, jadi pinjaman pelajaran MARA selalunya dapat pengurangan bayaran. dan juga BIASISWA pada mereka yang layak. dia macam padini gak ada sale. tapi padini sale sekali-sekala MARA punya sale senantiasa. hah.

yang ini adalah kadar pointer bersama peratusan yang anda perlu bayar balik. amboi.
3.50-4.00 : biasiswa
3.00-3.49 : bayaran balik 10%
2.50-2.99 : bayaran balik 25%
2.00-2.49 : bayaran balik 50%

best gila kan diskaun MARA! sayyang MARA! haha. proses nak buat conversion ni senang je. boleh buat online di sini atau nak lebih mudah, pergi je dekat menara MARA tu. pergi sana, ambil borang, isi borang dan hantar sahaja. semudah satu dua tiga spaghetti enak tersedia. apa yang kau perlu bawa adalah transkrip dan sijil diploma/ijazah/sarjana/phd/profesional atau lain-lain yang berkaitan. salinan perlulah di-sah-benar-kan (motif tulis camni?) sampai menara MARA, pergi ke Bahagian Kawalan Kredit. naik ikut lif depan, jangan lif pekerja kau naik lak, macam aku haritu. sampai-sampai dekat pintu belakang, nak masuk kena punch kad. ingatkan boleh punch guna kad pelawat tu rupanya kena turun balik naik lif depan. haa kau ingat rumah kau nak masuk pintu belakang.

okay, lepastu nanti hantar je borang yang siap diisi beserta dokumen berkenaan. nanti staf situ akan pesan pada yang pointer 3.50 ke atas, dia pesan kalau nanti dapat jadual bayaran balik sebelum dapat tahu result conversion, jangan bayar apa-apa dulu. sebab kalau dah terbayar, dan lepas tu kita pulak lulus untuk convert loan jadi biasiswa, peratusan untuk dapat kembali duit yang dah terbayar tu amatlah kesusahan yer. ingat tu! result conversion bila boleh tahu? aku pun taktahu. haritu buat dalam bulan 10, sampai sekarang taktau lagi. tapi takpa, asalkan dah buat. rasa-rasanya boleh lulus ke tak? staf kat situ kata haritu, insyaAllah akan lulus conversion tu. unless kalau kau tak berjaya habiskan study dalam masa yg ditetapkan. means, kalau yang ada extend semester tu. ha yang tu insyaAllah tak leh lulus conversion. kata staff di situ lagi, jadual bayaran balik akan keluar selepas setahun kita habis belajar. dalam setahun tu boleh lah simpan duit dalam tabung ye. dekat tabung, buat label MARA. kalau lulus convert loan ke biasiswa, boleh tukar label tabung MARA ke tabung KAHWIN.

kalau kena bayar pun, sikit sangat. sebulan bayar rm100 je. korang punya rokok sebulan pun lebih 100 kan. yang perempuan, dress handbag jeans pun lebih 100 kan. bukannya banyak pun sebulan 100. lainlah kalau yang tak pernah bayar, bila dah tertunggak hutang tu memang la jadi banyak. ada senior aku dulu pinjam mara untuk diploma dan degree, total amount dalam 100k. kena bayar balik 3k je. ha bayangkan betapa banyaknya pengurangan ituhh. tapi kalau nak free, make sure maintain cgpa hokeh! dengar lah cakap kakak ni hadek semua. belajar molek. hihi

kerana adanya MARA dan atas kehendak Allah saya berjaya menamatkan pembelajaran di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Terulung(saje propa) banyak pulak bebel. dah boleh jadi jurucakap loan MARA dah. hari isnin ni nak pergi menara MARA lagi. ada hal yang perlu diselesaikan. jadi, sapa nak ikut jom! :D

***UPDATE: Jumlah pinjaman RM 53,680.00. jumlah perlu dibayar, RM 0.00. Alhamdulillah. It takes 5 months jugak kot nak dapat result dari MARA. :')

39 comments:

Farah said...

Kelakar bila baca yang kalau lulus conversion tu, tabung MARA boleh tukar jadi tabung kahwin.

Lynn Fauzi said...

tahniah siti aisyah.. anda diterima untuk menjawat jawatan sebagai jurucakap bahagian pinjaman mara.. sila lapor diri secepat mungkin.. hahaha

aisyah sakaria said...

Farah: Maksudnya dah gatal nak kahwin la tu. haha. :)

Lynn: terima kasih cik! saya sangat2 gembira dengan tawaran ini. saya datang esok! hahaha. :P

Nur Zaheera said...

ohh eh? kiranya kalau cgpa lebih dr 3.5 kira free la kan? adakah MIAT ikut jugak kadar pointer tu? terima kasih atas penjelasan. :D

aisyah sakaria said...

zaza: ha,ah. kadar pointer ikut standard mara. bukan miat.

MizzTina said...

hurmm..menyesal sgt amik ptptn.. pdhal ada je sumber lain.. makkk menyesal..


thx ye dtg blog sy.. :)

aisyah sakaria said...

MizzTina: hehe. ramai kawan-kawan yg amek ptptn pun menyesal.

Manusia Biasa said...

hehee... thx backlink :D

Anonymous said...

tolong beb..aku hbs blaja tahun lepas dlm bulan 12 kluar transkrip sume..ak konvo bulan 9 ni..bolehkah aku buat penguramgam sekrg sbb sijil diploma tu blum dpt..mcm mne?skrg da bulan 7..risau jgk ni xbuat lg pengurangn

aisyah sakaria said...

Anon: Takpe, memang kena tunggu dapat sijil diploma dulu baru proceed buat pengurangan ni.

AZMEER AHMAD said...

diskaun tu msh diguna pakai lagi ke skrg ni?

AZMEER AHMAD said...
This comment has been removed by the author.
aisyah sakaria said...

Azmeer: setakat ni setahu saya masih lagi ada. Taktau lah kalau dah mansuh ke. Better tanya mara.

Anonymous said...

Salam, blh saya tau perjanjian awal cik dgn MARA. sbb sy btol2 risau dgn pinjaman sy dgn MARA.adakah sblm ini da tertulis tntang MARA membenarkan conversion loan kpd biasiswa? sy btol2 mgharapkan jwpn drpd cik.

Zack (sy yg komen atas td) said...

Kalau cik tidak keberatan, blh cik sharekan CGPA cik?

aisyah sakaria said...

zack: setahu saya semua loan pelajaran mara memang boleh buat conversion. kalau pointer 3.5 ke atas memang kebanyakannya dapat convert jadi scholar. make sure dah convo baru apply conversion. and kena tamat pengajian dlm masa ditetapkan. takleh ada extend semester. cgpa saya 3.79.

Anonymous said...

Assalamualaikum, sy student master, betul ke student master takde conversion ? Tq

aisyah sakaria said...

Waalaikumsalam.
Dapat info tu dari mana? Maaf saya pun kurang pasti. Better tanya mara terus. :)

Anonymous said...

kalo student master pn blh dpt pengurangn ke...

Hazween said...

Thanks utk post ni. It's very helpful :)

Anonymous said...

Student master jgk.. Dh mohon pengurangan ms lapor diri. Universiti x guna sistem cgpa. Result exam semua A. Baru dpt surat, kene bayar balik 20%, around 50k+. Mcm mna ni? Boleh mohon conversion tak?

Nunu Sam said...

Salam, akak beljar kat mane ye? And klu extend sem mmg xle wat conversion tu ea?

aisyah sakaria said...

Anon: Mohon masa lapor diri? Setahu saya pengurangan ni boleh apply bila dah habis belajar je..

Nunu Sam: Di UNiKL. Syarat2 dia wajib habiskan pengajian dalam tempoh masa yg ditetapkan masa awal perjanjian nak buat loan dulu.

Anonymous said...

brape lame eh kira2 tunggu confirmation pengurangan dari MARA?

aisyah sakaria said...

dalam 5 bulan juga baru dapat surat..

ct khadeeja said...

salam, nak tanye.aisyah amik degree ker atau master?

aisyah sakaria said...

ct khadeeja: saya diploma.

Anonymous said...

ha pasal yg tnya student master dpt x conversion tu kn...mmg dapat ...yg pntg pas habis stdy da dpt transkrip master terus hantar surat pengurangan bayaran... nasib la klu mara bg free lg best kn...yg pntg hantar surt pengurangan pas abis study

Anonymous said...

awk konvo bila aisyah ?

aisyah sakaria said...

saya konvo bulan 10 last year.

Anonymous said...

Salam cik,

Nak tanya, saya ni dah habis belajar bulan 9 tahun lepas (2012), saya tak minta pengurangan lagi dan surat pembayaran balik sudah pun sampai rumah oleh MARA. Dah nak dekat setahun ni boleh lagi ke saya minta pengurangan bayaran?dalam surat tu suruh saya bayar full.

Anonymous said...

kalau extend sem , agak2 bole dapat pengurangan tak ? keliruu

lala said...

dari hari kite hantar sume borang dan dokumen yg pihak MARA perlukan, berapa lama kita dapat tau permohonan lulus dan berapa lama kena tunggu dapat duit??


thank you :)

aisyah sakaria said...

Anon: Wslm. Awak dah konvo belum? suppose bila dah konvo, dah ada transkrip dan sijil dip/degree etc awak terus kena isi borang utk mohon pengurangan secepatnya. now Im not sure about your situation sebab dah dapat surat bayaran balik kan.

kalau untuk pengurangan saya tak pasti. tapi kalau untuk conversion memang tak boleh.

lala: awak tanya ni untuk dapat pinjaman ye? tu tak pasti. depends pada MARA sendiri. kalau cepat dia proses cepat lah dapat. Masa saya dulu dah masuk semester 2 baru dapat duit..

SharifahZakiah said...

nak tanya, kalau bagi student master, pengurangan dia macam mana? kalau dpt 3.00 bayaran balik 10% ke? mksdnye kena byr 10% drp jumlah pinjaman? ada sesiapa yg tau? Thanks.

Anonymous said...

Salam, nak tanya.. 5 bulan awak tunggu tu maksud awak, range masa untuk proses conversion tu ke? lamanyaa... -.-

Anonymous said...

Pengurangan ikut cgpa or pointer..mohon penjelasan tq

Jackel Akabane said...

hi kak....em,nak tnya ni..ni kadar cnvrtsion yg latest ke?
sye ade tngok kdar pnjman blik tuk 2001, CGPA 3.50 keatas pn nak kne byr 15% dari jmlah pnjman..ble mohon pnjlasan?

aisyah sakaria said...

ya. memang lama pun kena tunggu..

pengurangan ikut cgpa.

Jackel: 2001? lama sangat tu. saya uruskan conversion saya ni tahun 2012..